Monday, August 23, 2010

Bahagian Pentadbiran PPAD


KETUA PEMBANTU TADBIR
HAJI. MOHD YUNOS BIN MOHAMAD

Memantau aktiviti urusan Pentadbiran, Perkhidmatan Kewangan dan lain-lain di Pejabat PPAD.
Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh PPAD dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa. 

PEMBANTU TADBIR KEWANGAN ( PEMBAYARAN )
PUAN SENIWATI BINTI JUMHARI

Mengurus tuntutan pembayaran melalui sistem SPEKS.
Mengurus buku vot.
Membantu Ketua Jabatan mengawal perbelanjaan mengurus.
Membantu Ketua Jabatan menyediakan draf belanjawan.
Membantu mengurus hasil Jabatan. 


PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
PUAN NORZIAH BINTI SARDON


Menguruskan sepenuhnya pembayaran gaji, elaun, upah, potongan KWSP dan lain-lain potongan gaji bagi anggota PPAD Kluang.
Menguruskan sebarang perubahan gaji anggota dan menyediakan penyata EC.
Semak penyediaan kew(8) dan baucar-baucar pembayaran dan sediakan sijil gaji akhir.
Mengumpul laporan daripada sistem SPEKS bagi SAP bulan dan buku gaji dikemaskini.
Sediakan laporan bayaran gaji dan memantau rekod perbelanjaan di peringkat daerah. 


PEMBANTU TADBIR
PUAN YULIZA ELYA BINTI MD RAMLI

  Menyediakan dan mengemaskini data/senarai perjawatan.
Urusan penempatan pegawai dan anggota baru lantik.
Pelarasan gaji dan pencen pegawai dan anggota PPAD.
Menyediakan kew(8) berkaitan gaji, elaun pegawai dan anggota PPAD termasuk ganjaran kontrak bagi kakitangan kontrak.
Membantu urusan permohonan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran pegawai dan anggota di PPAD. 


PEMBANTU TADBIR PERKHIDMATAN
PUAN ALIZA BINTI HAJI MD YUSOH


Memproses cuti pegawai dan anggota awam dan pengumpulan GCR.
Membantu dalam menguruskan permohonan pengesahan perkhidmatan, kemasukan berpencen, perletakkan jawatan.
  Mengemaskini maklumat HRMIS dan SISPEN.
 Urusan inventori dan harta Modal.Ishtihar Harta, Tatatertib.


PEMBANTU TADBIR PERKHIDMATAN
PUAN NORAZIAN BINTI GHAZALI


Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas berkaitan pentadbiran am dan tatatertib, menyediakan laporan/kertas kerja berkaitan tatatertib pegawai dan anggota di PPAD, menguruskan sistem fail dan rekod serta surat menyurat .
 Membantu urusan berkaitan keselamatan,kebersihan dan keceriaan pejabat.
Bertanggungjawab dalam membantu urusan berkaiatan Pengisytiharan Harta , membatu urusan berkaitan permohonan pegawai  dan anggota PPAD bagi penganugerahan pingat/darjah kebesaran Negeri.
Membantu urusan berkaitan Laporan Penilaian Prestasi pegawai termasuk urusan mengedar ,mengumpul dan menyemak untuk di bawa ke dalam mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Jabatan Agama Johor 



PEMBANTU AM PEJABAT
EN MUHAMMAD FAIZAL BIN SUPRAPTO



Membantu pengurusan pejabat.


PEMANDU
EN MOHD AHDANAN BIN NGADIRIN

Carta Organisasi PPAD


PEGAWAI PPAD
USTAZ KALAMULLAH BIN ALI RAZA
















UNIT PENGURUSAN AKADEMIK


PEN. PEGAWAI PPAD
UNIT PENGURUSAN AKADEMIK
HAJI. SAFEE BIN MD YUNUS


PENYELIA PENDIDIKAN AGAMA
SEKSYEN KURIKULUM PPADK
HJH. MASIRAH BINTI SANUSI


PENYELIA PENDIDIKAN AGAMA
SEKSYEN PEPERIKSAAN & PENILAIAN PPADK
HAJI. SHAMSUDIN BIN HAJI. AWANG



UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

PEN. PEGAWAI PPAD
UNIT PENGURUSAN SEKOLAH
HAJI MOHAMAD BIN KAHAR



PENYELIA PENDIDIKAN AGAMA
SEKSYEN PENGURUSAN & PEMBANGUNAN SEKOLAH
USTAZ ROSLI BIN AHMAD RAPAII


PENYELIA PENDIDIKAN AGAMA
SEKSYEN PENGURUSAN PEMBANGUNAN & KEMANUSIAAN DAN SEKSYEN HAL EHWAL PELAJAR
USTAZ MAZLAN  BIN MOHD NOR















PENYELIA PENDIDIKAN AGAMA BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN
SEKSYEN PENGURUSAN PEMBANGUNAN & KEMANUSIAAN
USTAZ BAHARUDDIN BIN JAAPAR



PEMBANTU KHAS
UNIT PENGURUSAN SEKOLAH
USTAZAH NOR NAZILAH BIN HJ KASBANI



UNIT PENGURUSAN KAFA

PENYELIA KAFA PPAD
USTAZ MUSYIRI BIN ATAN

















PENYELIA KAFA PPAD
USTAZAH ZARINA BINTI ABD MANAP







































Sunday, August 22, 2010

Piagam Pelanggan PPAD

Kami warga kerja Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang berjanji akan;
1.      Memastikan Pendidikan Agama diberi secara formal kepada kanak-kanak Islam bagi melahirkan insan yang celik agama dalam tempoh enam (6) tahun di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ).
2.      Memastikan pendaftaran pelajar dilaksanakan selewat-lewatnya sehari sebelum sesi awal persekolahan.
3.      Memastikan sekolah-sekolah agama beroperasi pada hari pertama di awal sesi persekolahan setiap tahun.
4.      Memastikan perjalanan peperiksaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) dilaksanakan mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.
5.      Menguruskan hal-hal perkhidmatan kakitangan Bahagian Pendidikan Agama mengikut peraturan-peraturan Kerajaan dan pekeliling-pekeliling perkhidmatan yang ditetapkan.
6.      Member layanan mesra dan perkhidmatan yang baik kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
7.      Berusaha mengambil tindakan bagi setiap aduan pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah aduan lengkap diterima.
8.      Bersedia menerima pandangan dan teguran serta berusaha menambahbaikan perkhidmatan dan pengurusan kami di Pejabat Pendidikan Agama Daerah.

Visi & Misi PPAD

VISI
Islam sebagai cara hidup

MISI  
Menjadikan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdayasaing, bersatu-padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara.

Sejarah Penubuhan PPAD

Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang telah mula beroperasi pada tahun 1977, dipelopori oleh Tuan Haji Abd. Rahman Bin Abd. Ghani, sebagai Penolong Memeriksa Sekolah Agama Lelaki Johor Tengah di bawah naungan Daerah Batu Pahat, Negeri Johor Darul Ta'zim. Pada awal penubuhan, pejabatnya di  Sekolah Agama Gunung Lambak, Kluang sehingga tahun 1989.
            Pada tahun 1989 Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang berpindah di Pejabat Sekolah Agama Bandar sehingga tahun 1992. Pada tahun itu juga telah berpindah lagi ke Pejabat Agama Daerah Kluang hingga tahun 2001.
            Pada 16 Julai 1999 pihak Jabatan Agama Johor Bahagian Pendidikan telah dapat membangunkan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang dengan peruntukan sebanyak RM784,506.00 ( Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Lapan Puluh Empat Ribu Lima Ratus Enam ) di bangunkan dengan kerjasama Perbadanan Negeri Johor dan diberi kontrak kepada ZAZF BINA SDN.BHD.
Pada 11 Mei 2000, Pejabat Pendidikan Agama telah dapat dibina di atas sebidang tanah hat PTD 7667 tanah seluas OE - 2-R-08 dengan nama Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang.Pada 26 Mac 2001 Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang telah berpindah di alamat seperti berikut :
 
            Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang,
Jalan Hospital,
86000 Kluang,
Johor Darul Ta’zim.   
           
                      Pada tahun 2003 Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang diketuai
 oleh Tuan Haji Mohd.Maulan Bin Asmoni sebagai Pegawai
Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang dengan dibantu oleh penyelia
penyelia pendidikan, pembantu-pembantu tadbir untuk mengurus.