Sunday, August 22, 2010

Piagam Pelanggan PPAD

Kami warga kerja Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang berjanji akan;
1.      Memastikan Pendidikan Agama diberi secara formal kepada kanak-kanak Islam bagi melahirkan insan yang celik agama dalam tempoh enam (6) tahun di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ).
2.      Memastikan pendaftaran pelajar dilaksanakan selewat-lewatnya sehari sebelum sesi awal persekolahan.
3.      Memastikan sekolah-sekolah agama beroperasi pada hari pertama di awal sesi persekolahan setiap tahun.
4.      Memastikan perjalanan peperiksaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) dilaksanakan mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.
5.      Menguruskan hal-hal perkhidmatan kakitangan Bahagian Pendidikan Agama mengikut peraturan-peraturan Kerajaan dan pekeliling-pekeliling perkhidmatan yang ditetapkan.
6.      Member layanan mesra dan perkhidmatan yang baik kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
7.      Berusaha mengambil tindakan bagi setiap aduan pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah aduan lengkap diterima.
8.      Bersedia menerima pandangan dan teguran serta berusaha menambahbaikan perkhidmatan dan pengurusan kami di Pejabat Pendidikan Agama Daerah.

No comments:

Post a Comment