Sunday, August 22, 2010

Sejarah Penubuhan PPAD

Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang telah mula beroperasi pada tahun 1977, dipelopori oleh Tuan Haji Abd. Rahman Bin Abd. Ghani, sebagai Penolong Memeriksa Sekolah Agama Lelaki Johor Tengah di bawah naungan Daerah Batu Pahat, Negeri Johor Darul Ta'zim. Pada awal penubuhan, pejabatnya di  Sekolah Agama Gunung Lambak, Kluang sehingga tahun 1989.
            Pada tahun 1989 Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang berpindah di Pejabat Sekolah Agama Bandar sehingga tahun 1992. Pada tahun itu juga telah berpindah lagi ke Pejabat Agama Daerah Kluang hingga tahun 2001.
            Pada 16 Julai 1999 pihak Jabatan Agama Johor Bahagian Pendidikan telah dapat membangunkan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang dengan peruntukan sebanyak RM784,506.00 ( Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Lapan Puluh Empat Ribu Lima Ratus Enam ) di bangunkan dengan kerjasama Perbadanan Negeri Johor dan diberi kontrak kepada ZAZF BINA SDN.BHD.
Pada 11 Mei 2000, Pejabat Pendidikan Agama telah dapat dibina di atas sebidang tanah hat PTD 7667 tanah seluas OE - 2-R-08 dengan nama Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang.Pada 26 Mac 2001 Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang telah berpindah di alamat seperti berikut :
 
            Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang,
Jalan Hospital,
86000 Kluang,
Johor Darul Ta’zim.   
           
                      Pada tahun 2003 Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang diketuai
 oleh Tuan Haji Mohd.Maulan Bin Asmoni sebagai Pegawai
Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang dengan dibantu oleh penyelia
penyelia pendidikan, pembantu-pembantu tadbir untuk mengurus.

No comments:

Post a Comment